Tuesday, May 10, 2011

Audit MPC

Pengauditan ke arah pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh Encik Mazuan bin Salih dari Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Selatan seperti diketentuan berikut :

Tarikh     :     11 Mei 2011
Masa      :      9.00 pagi - 5.00 petang

Semoga JANM Johor mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengauditan tersebut setelah semua kakitangan di setiap peringkat telah memberikan komitmen yang sgt baik.

Monday, May 9, 2011

Sudut 5S dan Sudut Dokumentasi

Pihak AJK Kerja telah menyediakan satu Sudut 5S Induk dan Sudut Dokumentasi khas untuk menyimpan maklumat-maklumat berkaitan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di JANM Johor. Semua kakitangan boleh mendapat maklumat-maklumat terkini dan aktiviti yang telah dan bakal dijalankan di sudut-sudut berkenaan yang bertempat di Tingkat 6, JANM Johor.

Sila patuhi pengisian buku daftar bagi peminjaman sebarang dokumen-dokumen dari sudut berkenaan. Semoga banyak mendatangkan manfaat dan kemudahan kepada semua pihak.