Monday, November 28, 2011

Hari Inovasi...

AJK Amalan Persekitaran Berkualiti 5S JANM Johor telah terlibat di dalam pertandingan Pameran Sudut Informasi APB 5S seperti diketentuan berikut :

Tarikh :   29 November 2011
Tempat :   Hotel M'Suite Johor Bahru
Masa :   8.00 pagi-12 tengahari

Tuesday, November 15, 2011

Lawatan...

Jawatankuasa Promosi telah merancang beberapa siri lawatan untuk peningkatan pengetahuan serta pendedahan lebih kerap tentang APB5S selaras dengan kehendak Penaung APB5S JANM Johor untuk memberi peluang kepada setiap kakitangan mendapat peluang lawatan. Oleh itu 2 lawatan akan diadakan seperti diketentuan berikut :-
LAWATAN PERTAMA
 
Tarikh     :     17 November 2011
Tempat     :     Jabatan Imigresen Negeri Johor
Masa     :     9pagi-12tengahari

LAWATAN KEDUA

Tarikh     :     17 November 2011
Tempat     :     Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor
Masa     :    2petang-4.30petang

Diharap lawatan tersebut dapat memberi manfaat bagi yang terlibat. Sama-samalah kita bekerjasama dalam menambahbaik APB5S di jabatan ini bagi pensijilan akan datang.

Thursday, October 6, 2011

Audit Dalaman

Untuk makluman semua kakitangan JANM Johor, satu Audit Dalaman akan diadakan seperti diketentuan berikut :-

Tarikh          :           7 Oktober 2011
Masa            :           9.00 pagi

Diminta semua Ketua Zon dapat memastikan semua P.I.C mengemaskini zon masing-masing agar SENTIASA AMAL dapat dijadikan amalan berterusan setiap kakitangan JANM Johor.

Thursday, September 1, 2011

Keputusan penuh

Pemenang pertandingan mencipta logo 5S JANM Johor :

PUAN NURHARYANI BINTI ABD. GHANI

Pemenang pertandingan keceriaan Zon  :

PERTAMA : ZON PESO
KEDUA      : ZON DOLLAR
KETIGA     : ZON EURO

Tuesday, May 10, 2011

Audit MPC

Pengauditan ke arah pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh Encik Mazuan bin Salih dari Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Selatan seperti diketentuan berikut :

Tarikh     :     11 Mei 2011
Masa      :      9.00 pagi - 5.00 petang

Semoga JANM Johor mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengauditan tersebut setelah semua kakitangan di setiap peringkat telah memberikan komitmen yang sgt baik.

Monday, May 9, 2011

Sudut 5S dan Sudut Dokumentasi

Pihak AJK Kerja telah menyediakan satu Sudut 5S Induk dan Sudut Dokumentasi khas untuk menyimpan maklumat-maklumat berkaitan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di JANM Johor. Semua kakitangan boleh mendapat maklumat-maklumat terkini dan aktiviti yang telah dan bakal dijalankan di sudut-sudut berkenaan yang bertempat di Tingkat 6, JANM Johor.

Sila patuhi pengisian buku daftar bagi peminjaman sebarang dokumen-dokumen dari sudut berkenaan. Semoga banyak mendatangkan manfaat dan kemudahan kepada semua pihak.

Tuesday, April 19, 2011

Pra Audit MPC

Pra Audit MPC akan diadakan oleh Encik Eamizan dari Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Selatan seperti diketentuan berikut :

Tarikh     :     21 April 2011
Masa      :     9.00 pagi-5.00 petang

Semua JK Pemandu dan Ketua-ketua Zon diminta membuat persediaan untuk pengauditan tersebut.

Saturday, April 16, 2011

Gambar sekitar Lawatan Mesra TAN (O)




Pada 15 April Tn Hj Shafie TAN (O) telah berbesar hati untuk membuat lawatan mesra secara mengejut ke JANM Negeri Johor untuk melihat sendiri perkembangan terkini pelaksanaan APB 5S.